
Sulit
4 tahun
Keluar darah dri mulut
salam sejahtera doktor… saya lelaki 31 melayu. saya bila baring malam akan jadi … keluar darah yg x beku … kuantiti agak banyak dan saya tidak rasa sakit dada sesak nafas … cuma rasa pening kepala dan perut saya agak terganggu … rasa kembung dan najis saya berwarna coklat gelap … lembik tp berbentuk … terapung … dah 2 hari saya muntah darah… dada xsakit xrasa ape …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu muntah darah. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala muntah darah anda boleh disebabkan:
- Kecederaan organ dalaman seperti esofagus
- Ulser perut
- Saluran darah pecah
- Kesan ubat cair darah - sekiranya diberi
- Kanser perut
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih