Sulit
6 tahun
Keluar darah ketika bersama suami
Saya sudah berkahwin lebih kurang setahun. Sepanjang perkahwin saya, 3 kali saya mengalami pendarahan ketika bersama. Hanya sedikit sahaja darah yang keluar dan sy tidak berasa sakit. Keadaan ini berlaku sewaktu dekat dengan tarikh haid. Adakah ini darah haid atau masalah kelamin? Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah keluar darah semasa berhubungan anda kemungkinan disebabkan oleh:
- Cervical polyps
- Vagina kering
- Cervical ektropion
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut termasuklah pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

































