
Anonymous
2 tahun
Keluar darah ketika brsama
Sy brumur 23thun…brkhwin sdah 1tahun…sdah 4blan saya tak dtang haid…sya ada buat ujian test khmilan…tpi hasil nya ngetiv…bru2 ni stelah sya brsma suami,sy nmpak ada darah d kmluan sya…kali prtma sya fikir ia haid,tapi kesok kn hari darah tak ada pun di tuala wnita sy…smggu kmdian,sy brsma suami tetap kluar darah…adakah ia ptanda kanser serviks atau apa2 pnyakit?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda masalah pendarahan selepas seks boleh disebabkan oleh:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.