Sulit
5 tahun
Keluar darah kuantiti sedikit selepas 10hri hbis period
dr pda 10/10 - 16/10 sy dtg period. hri subur saya jatuh pda tarikh 27/10 tpi bila sy bersama dgn suami sepanjang minggu subur tu pda 27/10 tu saya keluar darah selepas bersama dlm kuantiti yg skit. tengahari dia keluar darah lepastu nnti stop mlm pulak bru keluar. tk bnyk mcm period. sy tgh ambil ubat giane35. apakah tandanya itu? saya risau sbb bru hbis period dlm 10hri tiba2 keluar lg darah. saya bru lepas bersalin IUD baby 7bulan. skrg sudah 8bulan lepas bersalin.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah haid. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

































