Sulit
3 tahun
Keluar darah pada kehamilan 8 minggu
Hi Dr,sy berumur 30 tahun dan sedang hamil anak kedua. Usia kehamilan saya 8 minggu…sy mengalami 2 kali pendarahan tetapi darah tersebut berwarna cair dan jumlah yg sedikit…sy x mengalami sebarang rasa sakit di bahagian perut
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pendarahan pada awal kehamilan adalah perkara yang sering berlaku di antara wanita hamil. Dalam kebanyakkan kes, pendarahan tidak menandakan perkara yang serius. Saya sarankan anda untuk ke klinik untuk melakukan pemeriksaan untuk memastikan kandungan anda selamat. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan pendarahan sewaktu kehamilan seperti:
- Jangkitan pada saluran kencing atau kemaluan
- Keradangan serviks
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Masalah plasenta
- Polip serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.