
Sulit
4 tahun
Keluar Darah PinkCoklat Tetapi Scan Rahim tidak mengembang
Saya Wanita berusia 24 tahun, saya ada lewat datang haid pada bulan 12 yang lepas. Mengikut jangkaan haid saya akan turun pada 21/12 tetapi 28/12 baru turun dalam masa yang sama darah saya tak sama macam haid seperti biasa. Darah yang keluar warnanya pink-coklat, tetapi sikit,tidak memenuhi pad & terkadang langsung tiada. Ia berlarutan sehingga ke hari ini iaitu hari ke 11. Pada mulanya saya ada Check upt sendiri & nampak line kedua samar, dalam beberapa hari kemudian saya check lagi tapi dah tak ada line samar. Saya ada jumpa doktor untuk buat scan tetapi doktor cakap saya tak mengandung & rahim saya tidak mengembang. darah haid yang terkumpul pun tidak ada. saya keliru apa yang terjadi pada saya sekarang. boleh ke doktor bantu jelaskan apakah yang turun pink-coklat itu darah haid? & boleh ke terjadinya rahim tidak mengembang kalau betul saya sedang mengalami darah implantasi.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implantasi (boleh dinilai dengan pemeriksaan USG)
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar
Atau ia juga boleh disebabkan dari:
- Pendarahan selepas hubungan seksual (i.e. trauma, iritasi lapisan mukosa, kekurangan pelincir, dll)
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Namun berat untuk kami nyatakan, berdasarkan keterangan di atas, anda juga perlu mengetahui bahawa, gejala tompokan atau ketulan coklat yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur. Dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur disertai dengan tompokan coklat. Punca utama ialah:
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Jangkitan kuman atau virus pada alat kelamin
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor atau doktor pakar jika gejala berlanjutan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Obstetrician kami sedia membantu.