
ieyka.tomey
5 tahun
Keluar darah selepas 4 hari habis period
Saya berumur 24 tahun. Saya period pada 7/11 hari tu. Saya habis period pada 17/11. Saya bersama suami saya selepas 1 hari period saya habis. Selepas 4 hari dari saya habis period saya bangun pagi saya tengok ada darah di seluar dalam saya. Adakah saya patut berjumpa doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Merujuk kepada darah yang keluar, ia dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh kerana masalah dapat disebabkan oleh pelbagai penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.