Sulit
3 tahun
Keluar darah selepas 60hari bersalin dan gatal selepas cucuk perancang
saya wanita berumur 23tahun.bersalin normal.pada hari ke 66hari keluar darah berwarna coklat dan maroon dalam kuantiti yang sedikit sahaja.hanya pakai pantyliner.pada hari ke 44 saya mendapat suntikan perancang kehamilan.saya menyusu badan.berlaku kegatalan di badan selepas suntikan perancang.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, darah coklat dan merah gelap yang keluar selepas 66 hari bersalin mungkin darah period atau darah ovulasi. Hal ini kerana darah nifas biasanya turun untuk 4-6 minggu sahaja. Dua minggu pertama merupakan darah yang lebih merah. Darah nifas akan beransur menjadi kuning kemudian putih. Oleh kerana kuantitinya sedikit ini mungkin masalah spotting. Terdapat banyak punca pendarahan spotting seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk masalah kegatalan badan anda pula, ia boleh menjadi kesan sampingan suntikan perancang tetapi ia adalah sangat jarang. Oleh itu, punca-punca lain kegatalan di seluruh badan boleh juga disebabkan oleh:
- reaksi alergi
- eczema
- rosacea
- folliculitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.