
Sulit
3 tahun
Keluar Darah Selepas Bersama Suami Ketika Hamil 12 Minggu
Saya wanita berumur27 tahun, sekarang hamil 12 weeks nak masuk 13 weeks. Semalam saya ada bersama suami. Ini pertama kali semenjak hamil. Tetapi ada keluar darah. Selepas saya cuci, still ada 2 titik di seluar dalam saya. Adakah ini normal? Atau bahaya utk kandungan? Ini adalah kandungan pertama.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluarnya darah ketika hamil 12 minggu. Walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, semua wanita hamil yang mempunyai pendarahan dari faraj patut mengunjungi doktor untuk diperiksa.
Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implan: Kadangkala pendarahan ringan yang tidak berbahaya boleh berlaku kerana penanaman telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim terjadi sekitar masa haid anda sepatutnya berlaku.
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
- Kehamilan ektopik berlaku jika telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim seperti di tiub Fallopian. Apabila telur tersebut membesar, ia boleh memecahkan tiub Fallopian dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
- Kehamilan molar menyebabkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbahaya tetapi dalam kes yang luar biasa, tisu ini boleh wujud sebagai kanser.
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Kunjungilah doktor anda untuk diperiksa bagi memastikan keselamatan anda dan kandungan.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih