
Anonymous
3 tahun
Keluar darah selepas melakukan hubungan suami isteri
Saya baru berkahwin dalam 2 minggu lebih. Saya nak tanya, normal ke kalau keluar darah dari bahagian sulit saya selepas sy melakukan hubungan dengan suami. Kali pertama pun keluar darah tapi sy anggap normal sebab sy baca artikel pasal pecah dara. Tapi kali kedua ni pun masih lagi keluar darah dari bhgian sulit saya. Tapi saya tak rasa sakit semasa darah keluar cuma rasa agak pedih pada bahagian tertentu dlm alat sulit semasa hubungan tu.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah perdarahan selepas bersama pada kali pertama adalah dikenali sebagai pecahnya selaput dara / hymen. Ini juga boleh terjadi kerana kurangnya lubrication sewaktu bersama. Keadaan ini akan beransur ansur hilang.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih