
Sulit
5 tahun
Keluar darah selepas seminggu bersih
Saya berusia 40thn…bln ni utk 1st time saya mengalami keluar darah selepas seminggu habis period. 1st day period 2hb sep & habis pd 10hb sept. 16hb saya mengalami sakit belakang yg serius disamping kentut vagina yg kerap & ada darah yg keluar… Darah tu warna coklat & light merah… Bila kencing ada sikit… Sapu ngan tisu ada sikit…adakah ini normal utk wanita seusia saya… Saya mempunyai 1 org anak berumur 12 tahun… 2017 saya ada buat operation buang fibroid yg sgt minor jer. Adakah kentut vagina tu disebabkan saya x cukup rehat…mohon pencerahan dari doctor. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Apabila haid datang lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.