
fathiyahselamat
5 tahun
Keluar darah yang banyak selepas tempoh haid
Saya wanita berumur 31 thn dan sudah berkahwin. Saya ada mengambil pil perancang marvelon selama hampir 2 tahun. Saya telah habis haid pd 2 minggu lepas. Selepas habis haid (hari ke 5) saya terus mula makan pil perancang marvelon seperti biasa. Akan tetapi pada minggu lepas, saya terlupa untuk makan pil tersebut selama 3 hari. Pd hari ke-4, apabila saya teringat, saya terus makan pil tersebut pada sebelah pagi dan sebiji lagi pada sebelah malam. Akan tetapi pada hari ke-4 itu saya dapati ada darah yang keluar seperti darah haid. Ianya banyak sekali. Sekarang sudah hari yang ke-4 darah tersebut keluar. Saya jadi bingung. Saya harap doktor dapat bantu saya. Mengapa darah boleh keluar lagi sedangkan saya sudah habis tempoh haid? Adakah kerana pil perancang yang saya makan? Adakah salah jika saya terlupa makan pil selama 3 hari dan mengambilnya semula pada hari ke-4?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan puan, semua pil perancang mempunyai efek dan keberkesanan yang hampir sama. Pil perancang jenis mana adalah tergantung kepada kesesuaian anda tersendiri. 1 strip pil perancang mempunyai 28 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Kemudian, anda akan berehat selama 7 hari sebelum mulai makan strip baru.
Akan tetapi, secara umum, seorang wanita boleh mula mengambil pil perancang pada bila-bila masa dalam kitaran haid mereka. Walau bagaimanapun, ia boleh mengambil beberapa hari untuk pil untuk menubuhkan kitaran hormon yang konsisten dan efisien menghalang kehamilan. Dengan memulakan pil midcycle, seseorang berisiko kehamilan dan sebaiknya menggunakan kaedah perancang tambahan sehingga mereka mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Untuk lebih berhati-hati, sebaiknya puan menggunakan satu lagi jenis birth control seperti kondom pada bulan pertama mula makan pil perancang.
Merujuk kepada perdarahan yang anda keluhkan, keterangan anda adalah kurang jelas. Perdarahan setelah tempoh haid dikhuatiri disebabkan oleh banyak hal seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.