
Sulit
3 tahun
Keluar keputihan berdarah
Saya berumur 26 tahun tapi belum berkahwin. Baru² ni saya mengalami keputihan berdarah melebihi 3 hari,last period saya 25/5… saya harap doktor dapat memberi pencerahan, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Melalui kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah keputihan yang berdarah melebihi 3 hari. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Umumnya gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk
- Gaya hidup yang kurang sihat
- Ketidakseimbangan hormon
- Tekanan emosi atau stres
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Polip atau fibroid rahim
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Radang pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Bacterial vaginosis
- Vaginitis
Oleh itu anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor