
yandeyyy
2 tahun
Keluar ketulan ketika ejakulasi
saya lelaki berumur 20 , setiap kali saya mengeluarkan air mani , akan keluar ketulan seperti jeli pada zakar saya ketika saya ejakulasi, adakah itu normal ? saya takot jika itu adalah petanda air mani saya tidak sihat , mohon penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang dihadapi oleh anda.Antara penyebab air mani berketul adalah:
Pembekuan protein
Dehidrasi dan diet yang tidak seimbang
Tahap testosteron rendah
Jangkitan seksual
Aglutinasi sperma
Jika hal ini amat membimbangkan anda , adalah amat disarankan untuk anda mendapatkan nasihat daripada doktor supaya hal ini dapat dirawati dengan secepat yang mungkin.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.