
Sulit
4 tahun
Keluar ketulan ketika haid
Keluar ketulan seperti hati ayam bersaiz setengah cm ,bentuk macam bji kopi .ni dah hari ke5 saya period .keluar sebanyak 2 ketul

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, ketulan tersebut berkemungkinan adalah darah beku. Keadaan ini adalah normal. Darah beku tersebut bercampur dengan tisu rahim. Namun begitu, sekiranya anda mengalami gejala yang disebukan di bawah, sila berjumpa doktor dengan segera:
- Sakit ketika haid
- Haid yang banyak dan berpanjangan
- Haid yang tidak teratur
- Lemah badan
- Pucat
- Sebarang gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian dan tidur
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang darah haid yang berketul? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Selain itu, maklumat lanjut mengenai gejala anda juga perlu diketahui untuk mengenal pasti punca masalah yang dialami.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.