
Anonymous
5 tahun
Keluar lendir bersama darah
Hai saya wawa berumur 26tahun, saya mengalami keluarnya lendir bersama darah dalam kuantiti yg sedikit. Darah tak pekat tetapi warna merah muda2 sikit saja. Penyakit apa ye saya ni?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, lendir dari alat kelamin keluar disebabkan beberapa perkara
Lendiran normal
- Air mazi
- Air mani
Lendiran abnormal
- Nanah
Lendiran yang tidak normal seperti nanah biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin seperti:
- Gonorrhoea
- Klamidia
- Herpes
- Trichomonas
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.