
Sulit
5 tahun
Keluar lendir putih bercampur sedikit darah
salam sejahtera. saya wanita dalam 20an. sekarang saya mengalami masalah keluar lendir putih bercampur sedikit darah dan mempunyai bau yg kurang menyenangkan. saya juga mengalami sakit perut seperti senggugut namun tidak datang haid untuk beberapa hari. hari terakhir saya datang haid pada 30/8 dan mula sakit seperti senggugut ini pada 4/9. selain itu, saya juga kerap membuang air kecil sejak awal bulan 8 lalu dan sedikit sakit ketika membuang air kecil. saya juga kerap sakit kepala dan letih. apakah masalah ini? adakah ianya penyakit yang serius?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Sindrom pra-menstruasi atau ovulasi
- Endometriosis
- Fibrod/poilp dalam rahim
- Jangkitan saluran kencing atau pundi kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.