Sulit
5 tahun
Keluar lendiran darah kerap kali
Pada akhir bulan enam, sy mengalami spotting/bleeding dlm kuantiti sedikit dan bertambah banyak. Ia terjadi dalam dua minggu dan pada awal bulan tujuh saya mengalami benda yang sama dan sakit di bahagian bawah perut. Mula2 ia keluar lendir bercampur darah dlm kuantiti sedikit dan sedikit tompokan warna coklat. Dlm masa yg sama, sy mengamalkan pil perancang untuk menjarakkan anak, tp setelah berlakunya kejadian tu sy berhenti untuk makan pil. Jadi adakah masalah saya ini serius atau tidak ? Perlukah saya berjumpa dengan doktor ? Boleh sarangkan ubat utk saya ambil
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Lendiran berwarna coklat mungkin adalah “spotting”. Terdapat banyak penyebab spotting dan biasanya berlaku bagi mereka yang mengambil pil perancang kehamilan atau tanda awal kehamilan.
Lediran yang keluar juga mungkin adalah tanda masalah seperti jangkitan. Selalunya jika masalah ini berlaku, cecair yang keluar adalah berbau dan menyebabkan masalah lain seperti kencing pedih dan kegatalan.
Tanpa maklumat lebih lanjut, dan pemeriksaan, adalah sukar untuk saya membuat kesimpulan. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk kepada doktor agar maklumat dan pemeriksaan serta ujian sekiranya perlu boleh dijalankan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk merujuk kepada doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga.
Harap membantu. Terima kasih.

































