
cybernex16
5 tahun
Keluar nanah dari kemaluan
hi… saya ingin bertannya, kenapa ada nanah keluar dari kemaluan saya… kuantiti sedikit… saya sudah menjalani pemeriksaan… tapi Dr. masih tidak tahu apa penyakit saya… pertama jumpa Dr. dia ckp if saya ada hubungan kelamin secara bebas… (hahaha, saya gelak… memang tidak ada langsung… saya dh kahwin dan ada anak, perbuatan seperti itu pun tk pernah terlintas utk saya lakukan… tp utk memberi kepastian kpd dia saya bagi la dia cek apa2 yg dia nak, termasuk amik darah dan air kencing)… selepas keptusan keluar, seperti biasa memang tidak ada apa2 yg terhadap saya yg ada kaitan dgn seks bebas… sbelum itu dia ada bg ubat antibiotik… saya ada makan… so gatal2 dan nanah tu hilang… tp buat smentara waktu sahaja… tiba2 bbrp hari kmudian ada lagi… tp kali ni cuma sediki2 sahaja… selepas dri pada itu juga saya tidak selesa di bahagian pinggang sblah kanan… (saya anggap mungkin dari jgnkitan ini) saya bgthu Dr, lg then dia cek buah pinggang pulak… pun tidak ada apa2… tp bendalir nanah yg sedikit itu masih keluar smpai skrang… so saya nk tanya penyakit apa lgi yg sedemikian rupa selain dari pnyakit kelamin (sbb saya mmng disahkan tkde penyakit ni)… ?? tolong Dr semua… dah lebih kurang 4 bulan mcm ni… saya tk selesa dan takut deng penyakit apakah yg menimpa saya ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi oleh anak puan. Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Lendiran tersebut juga berkemungkinan adalah air mani
Nanah pada zakar merupakan manifestasi berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut. Jangkitan pada zakar boleh disebabkan oleh pelbagai organisma. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu jangkitan gonorrhoea dan jangkitan tidak spesifik.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.