
Sulit
5 tahun
Keluar pendarahan selepas ambil suntikan(perancang keluarga)
saya baru bersalin 20.8.2019.tetapi tidak datang bulan pada bulan 9…selepas 20.9.2019 saya ambik suntikan…tetapi awal bulan 10 saya datang bulan…xhenti-henti sampai sekarang…kenapa xhenti-henti darah kluar…walaupun dh seminggu…sya start datang bulan 1.10-smapi skrang blum henti lagi…boleh dr jelaskan kad saya…sebab saya risau…kluar darah…xhenti-henti…walaupun…dh ambil suntikan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan pihak puan, kami memahami kebimbangan pihak puan tentang gejala yang dialami. Namun begitu, puan ada menyatakan tentang pengambilan suntikan. Kami perlu mengetahui apakah jenis suntikan yang anda ambil dan maklumat perubatan dan latar belakang anda dengan lebih lanjut sebelum membuat kesimpulan.
Untuk makluman anda, sekiranya suntikan yang anda ambil merupaka sejenis suntikan perancang kehamilan, terdapat kemungkinan gejala darah haid berpanjangan yang anda hadapi berpunca daripada kesan sampingan suntikan tersebut. Oleh itu, sila rujuk perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.