
Sulit
4 tahun
Keluar spotting coklat sebelum period
Disini sy ingin bertanya mengenai spotting coklat yang saya alami . bulan ini sy telah period pada 3/12 dan berakhir pada 8/12 . sepatutnya seperti yang dijangkakan oleh app period tracker yang sy download ,sya akan period pada hari ini iaitu 31/12 . pada tgh malam 29/12 sy tlh mngalami sakit perut yang teramat sangat smpai terjaga daripada tidur . pada malam 30/12 terdapat spotting coklat dalam kuantiti yang sedikit dan tidak berbau . saya ignore sebab saya ingatkan sy period awal sehari tp sy dapati tiada lagi darah yang keluar shingga ke hari ini. Adakah itu tanda2 awal period ataupun masalah lain ya doctor? terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, spotting boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- haid yang lebih panjang dan banyak
- faraj gatal dan merah
- haid tidak teratur atau lewat
- mual
- sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- berat badan bertambah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa