
Sulit
3 tahun
Keluarnya biji biji putih dia alat kelamin
saya lelaki berumur 19 tahun…di alat kelamin saya timbulnya putih ii seperti biji apakah itu? saya tidak pernah melakukan apa apa hubungan selama saya hidup.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, bintik putih atau white spots pada kulit adalah sesuatu yang normal. Ia boleh muncul pada muka, badan, dada dan mana-mana bahagian kulit. Hal ini berlaku kerana pori kulit tersumbat akibat sebum, peluh, kulit mati atau kotoran lain.
Berikut merupakan cara mengatasi masalah tersebut:
- Jaga kebersihan diri serta kawasan tersebut
- Tidak memicit atau memecahkan bintik putih itu kerana takut akan berlaku jangkitan pada luka
- Menggunakan sabun badan untuk mengatasi minyak pada kulit yang berlebihan
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Sila berjumpa dengan doktor jika anda mengalami:
- Gatal yang melampau
- Sakit
- Bengkak yang membesar
Masalah ini boleh dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian untuk maklumat lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.