
Sulit
4 tahun
Kemalangan dan bengkak didada
doktor , saya semalam jatuh motor dan dada saya bengkak-bengkak dan saya tidak boleh angkat tinggi sangat sebab sakit tetapi sedikit sahaja sakit nya… tetapi bengkak didada saya ni bila disentuh tiada rasa tetapi bila bergerak ada rasa sakit sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami bersimpati atas kemalangan yang menimpa anda dan kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit dada. Namun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Kami memerlukan informasi yang lebih lanjut lagi serta pemeriksaan untuk mengenalpasti punca sebenar sakit yang anda alami sebelum membuat sebarang kesimpulan. Oleh itu, kami menasihati anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh berpunca dari pelbagai organ seperti kulit, otot, nod limfa, tulang atau urat saraf di kawasan tersebut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.