Anonymous
6 tahun
Kemaluan ada bintik bintik kecil yg gatal
Saya wanita awal 20an mempunyai masalah kemaluan yg amat gatal lepas period dan terjadi pada akhir bulan jun. Terjadi lepas period dan setiap kali buang air kecil mesti akn gatal dan saya check ada biji kecik kecik i bahagian biji kelentit. Saya mushkil bagaimana boleh terjadi dan harap ada penawar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada kemaluan yang anda sebutkan boleh terjadi kerana:
- Jerawat di kemaluan
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan virus HPV
- Jangkitan kulat Kandida
Untuk mengatasi permasalahan ini, anda boleh lakukan beberpa langkah pencegahan seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada
- Kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































