
Anonymous
5 tahun
Kemaluan bengkok ke bawah
Saya berumur 33 tahun belom berkahwin Dan bakal berkahwin. Masalah Saya ialah zakar Saya bila eraksi Akan bengkok ke bawah. Mengalami ketika berumur 15tahun. Apakah Ada Cara penyelesaian Nye. Selain operation.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda kemaluan bengkok boleh disebabkan beberapa faktor seperti keturunan (genetik), penyakit tisu penghubung serta umur. Anda boleh menggunakan rawatan konservatif seperti berhenti merokok, tidak mengambil alkohol serta dadah dan juga kerap bersenam. Bagi mengatasi permasalahan ini dengan lebih fokus, punca kepada masalah ini perlu diketahui terlebih dahulu. Anda boleh mengubungi (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat secara privasi serta rawatan bersesuaian.