
Anonymous
6 tahun
Kemaluan dan kawasan kemaluan suami berasa gatal ketika berhubungan intim dan selepasnya
Saya berumur 32 dan suami 38… masalah yg kami hadapi sejak kebelakangan ini… ketika berhubungan intim suami mengadu gatal yg teramat pada kemaluan dan kawasan yg berdekatan kemaluan… boleh doc bg sebab n cara utk mengubati? Terima kasih…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat pelbagai punca masalah kegatalan pada kemaluan. Ia selalunya berpunca daripada masalah pada alt sulit atau saluran kencing. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kulat
- Jangkitan parasit, bakteria atau virus
- Jangkitan pada saluran kencing
- Ketumbuhan tidak normal pada kemaluan
Masalah ini dapat diatasi dengan rawatan antifungal/antibiotik/antivirus bergantung kepada punca.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.