Sulit
2 tahun
Kemaluan gatal dan keputihan
Sy dah berkahwin skrg mengandung 6 bln,br ini sy ada bersama suami lps melakukan hubungan alat sulit jadi gatal dan jadi keputihan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kegatalan dan keputihan pada kemaluan selepas bersama dengan pasangan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Secara umum, antara punca kegatalan pada kemaluan adalah:
- Alahan terhadap produk pencuci
- Pemakaian pakaian dalam yang ketat atau berbahan kain sintetik
Namun, ia juga boleh disebabkan perkara yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian daripada doktor , seperti:
- Radang vagina, vulva atau kulit pada kawasan kemaluan
- Jangkitan penyakit kelamin
- Masalah kulit
- Jangkitan kulat
Oleh, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut berkenaan masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih