
Sulit
4 tahun
Kemaluan gatal dan pedih
saya remaja berumur 19 tahun . mempunyai masalah seperti gatal di kemaluan dan pedih , ia nya menggangu semasa hendak tidur. ini membuatkan saya tidak selesa

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berkaitan dengan masalah cik, ia boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan dan antaranya ialah jangkitan pada vagina. Ini disebabkan oleh pelbagai sebab. Antaranya ialah ;
- ekzema
- lichen sclerosis
- Jangkitan kandida (sejenis kulat)
- Bacterial vaginosis
- Chlamydia trachomatis
- Gonorrhea
- Trichomonas vaginalis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.