
Sulit
4 tahun
Kemaluan gatal tanpa sebab
Selalu rasa gatal gatal dan selalu rasa nak kencing dan tak mampu nak tahan kencing sbb dia keluar sendiri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan dikemaluan boleh disebabkan:
- Jangkitan virus seperti Herpes genital dan HPV virus
- Jerawat
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit kelamin berjangkit seperti gonorrhoea
- Jangkitan kulat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.