
Anonymous
5 tahun
Kemaluan keluar cecair putih tetapi bukan air mani
Sye lelaki umur 20an bru kawin bnde ni start jadi 5hari lepas cecair ni still lgi kluar ni nmpk mcam nanah tp warna putih ade kah sye da kene sifilis tp sye x rasa gatal atau sakit time kencing

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, jangkitan sifilis biasanya jarang menyebabkan keluarnya cecair dari kemaluan. Sebaliknya gejala yang sering timbul adalah luka seperti ulser yang dipanggil “chancre” pada bahagian kemaluan.
Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan keluarnya cecair dari kemaluan anda.
- Jangkitan kelamin seperti gonorrhoea atau klamidia boleh menyebabkan keluarnya nanah dari kemaluan
- Jangkitan saluran kencing
- Radang akibat alahan terhadap penggunaan kondom atau bahan pelincir ketika seks
- Ejakulasi atau air mani lelaki biasanya berwarna putih dan ini adalah normal
Biasanya, air mani berwarna putih bercampur jernih dan berbau seperti tepung, manakala nanah biasanya kekuningan dan disertai dengan gejala lain seperti kegatalan, sakit ketika kencing dan berbau kurang menyenangkan.
Sekiranya anda masih berasa risau tentang gejala yang anda hadapi, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.