Sulit
6 tahun
Kemaluan keluar lendir putih dan tak selesa
Saya lelaki 46tahun, dalam 2 hari ni saya rasa kemaluan saya rasa tak selesa sikit ada keluar cecair putih sikit dan bila buang air tak lah sakit cuma rasa tak selesa sikit…kekadang rasa denyut sikit…
6 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair putih yang keluar dari zakar anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan klamidia/gonorrhoea/trikomonas
- Jangkitan saluran air kencing
- Alahan kulit kemaluan kepada material kain atau pencuci badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.




































