
awangroy
2 tahun
Kemaluan keluar lendir putih tanpa sedar
Saya lelaki lingkungan 30an…baru-baru ini kemaluan saya mengeluar kan cecair berwarna putih tanpa saya sedar sehingga saya membuang air kecil dan mendapati tompok putih terdapat pada seluar dalam saya…tiada rasa sakit dihadapi ketika membuang air kecil…apakah cecair berkenaan doctor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Cecair tersebut boleh jadi ia adalah air mani, air mazi atau nanah. Masalah nanah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Jika hal ini berlarutan dan mula disertai oleh gejala-gejala lain, anda dinasihatkan untuk bertemu doktor atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.