
eirfanrazak
6 tahun
Kemaluan keluar lendir
Saya lelaki 20 an saya melihat pada kemaluan saya keluar lendir setiap masa

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, lendir dari alat kelamin keluar disebabkan beberapa perkara
Lendiran normal
- Air mazi
- Air mani
Lendiran abnormal
- Nanah
Lendiran yang tidak normal seperti nanah biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin seperti:
- Gonorrhoea
- Klamidia
- Herpes
- Trichomonas
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih