
Sulit
4 tahun
Kemaluan kurang berair ketika melakukan hubungan seks bersama suami
Sya brumur 34 thun dn bru berkahwin ada sya mengalami mslah saat bersama dengan suami iaitu sya kurng mengeluarkan air saat bersama dn kurng transang… Ada jln penyelesaian lain ke doc untk msalh sya ne… Tiap kali nk melakukan seks dgn suami sya brasa skit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah psikologi:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Stres atau tekanan emosi
- Takut atau belum bersedia
- Aktiviti pemanas badan (foreplay) yang terlalu singkat
- Vaginitis
- Cervicitis
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda boleh lakukan perkara ini sebagai langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi:
- Pastikan anda, pasangan dan persekitaran selesa
- Gunakan segala bentuk stimulasi semasa foreplay dan panjangkan durasinya untuk pastikan anda bersedia
- Sekiranya anda bersedia, bagitahu kepada pasangan anda
- Berbincang dengan pasangan anda mengenai masalah anda
- Menggunakan pelincir tambahan berasaskan air
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.