Anonymous
6 tahun
Kemaluan lelaki mengeluarkan cecair putih
salam, sy es berumur 31 tahun… saya menyedarinya pada dua hari lepas apabila saya ternampak ada cecair putih keluar dari penis saya… saya cuba untuk mencari jawapan sendiri dan saya mendapati saya menghidap gonorrhea… cuma yang menghairankan saya tidak menghidapi simpton gatal2, sukar untuk kencing dan air kencing saya kuning jernih seperti biasa… saya masih keliru…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































