Sulit
5 tahun
Kemaluan melecet, merah dan sakit
Saya wanita berumur 25tahun dan sudah berkahwin. Sejak 2 atau 3 hari ni saya perasan macam ada bengkak di antara lobang kemaluan saya hingga ke anus. Bengkaknya sebelah kanan sahaja dan keras. Tapi sejak semalam saya rasa sakit sangat dan bila suami saya lihat, ia macam melecet, kulit menggelupas dan merah. Takboleh disentuh atau bergerak, ianya sangat sakit bila bergesel. Tetapi bila kena air atau sabun ia tak rasa pedih atau sakit. Adakah itu kerana saya terlalu kerap memakai seluar dalam ketat hingga jadi gatal, bengkak dan melecet? Dan krim apa yg sesuai untuk memulihkan melecet. Terimakasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah bengkak di bahagian kemaluan anda ini. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sista
Jerawat
Jangkitan herpes
Fordyce spots
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terdapat banyak lagi kemungkinan lain bagi masalah anda ini. Hal ini kerana, terutamya bagi masalah kulit, selain dari maklumat kesihatan yang lain dan pemeriksaan fizikal yang lebih lanjut, kesimpulan hanya boleh dibuat selepas pemeriksaan pada benjolan tersebut dilakukan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































