
Sulit
4 tahun
Kemaluan Selalu tegang
Saya baru umur 16 tahun tapi saya tak tahu…kenapa saya selalu tegang waktu sejuk mesti tegang dan waktu bangkit tidur pagi mesti tegang kadang2pon boleh tegang saya nak tahu apa masalah saya dan juga kenapa saya jadi macam itu…
Terimakasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ketegangan zakar adalah normal. Ketegangan yang rawak juga adalah perkara yang normal. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kemaluan anda tegang seperti:
- terangsang
- hormon testosteron
- stimulasi fizikal seperti stimulasi pada kain cadar atau seluar
Ketegangan yang terjadi sewaktu bangun pagi adalah normal. Ia bermakna anda mempunyai pengaliran darah dan saraf pada kemaluan anda adalah dalam keadaan sihat. Kemungkinan, ia terjadi disebabkan stimulasi secara fizikal ataupun hormon testosteron yang berada di kadar yang tinggi pada waktu pagi.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.