Sulit
4 tahun
Kemaluan wanita sulit
hi dr,sebulan saya merawat chlymidia dengan antibiotik.walaupun suda mkn ubat tahan gatal, masih ada gatal sedikit dan menyebabkan saya masih tidak selesa,apa yg perlu rawat lg,adaka saya perlu antibiotik lagi?Dan ada ruam merah pada bahagian celah kemaluan, adakah chlymidia saya masih belum sembuh?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangana anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, kegatalan pada kemaluan boleh disebabkan oleh beberapa hal, termasuk:
- Sebab fizikal seperti akibat bulu kemaluan
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Dapatkan ujian yang lebih mudah dan selesa untuk mengetahui kondisi kesihatan anda
Untuk mengetahui rawatan yang tepat kepada masalah anda, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.



































