
chroniclemind
6 tahun
Kematu di tapak kaki
bagaimana cara menghilangkan kematu di tapak kaki? saya lebih prefer pada pembedahan memandangkan ia lebih cepat dan efektif. Di manakah klinik yang boleh saya refer di johor bahru?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan penerangan anda,
kematu kaki (corns and calluses) merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada bahagian kulit yang telah keras dan menebal. Dalam dunia perubatan, kematu terbahagi lagi kepada dua iaitu:
- Corn -penebalan kulit yang berlaku pada kawasan yang kecil dalam bentuk yang bulat
- Calluses -penebalan kulit lebih besar dan meluas
Antara rawatan yang boleh diberikan ialah:
- Pembuangan kulit tebal (Hard skin Removal)
- Produk penjagaan kaki (Foot care products)
- Asid salisilik (Salicylic acid)
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih