
Sulit
4 tahun
Kembang di bahagian ketiak dan seperti ada ketulan
Saya berumur 19 tahun dan sejak kebelakangan ketiak saya rasa sakit apabila saya mengepit atau melakukan aktivit seharian dan kadang2 seluruh tangan saya juga berasa sakit-sakit. Sebelum ini, saya merasakan ada biji di bawah ketiak saya dan beranggapan itu adalah swollen lymph nodes. Tetapi sekarang saya juga takut kalau itu adalah cyst. Mohon penjelasan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu ketulan di bahagian ketiak. Untuk makluman anda, terdapat banyak penyebab benjolan di ketiak. Kebanyakan benjolan di ketiak adalah tidak berbahaya, walau bagaimanapun, benjolan di ketiak boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius. Antara sebab utama benjolan di ketiak termasuklah:
- Fibroadenoma
- Sista
- Jangkitan virus atau bakteria
- Lipoma
- Jangkitan kulat
- Penyakit lupus
- Kanser payudara
- Limfoma
- Leukemia
Walau bagaimanapun, benjolan di bawah ketiak sering membimbangkan kaum wanita kerana ia boleh menjadi petanda kepada kanser payudara. Wanita disarankan untuk melakukan sendiri pemeriksaan payudara pada setiap bulan. Pemeriksaan ini boleh dilakukan ketika mandi atau di bilik tidur untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara seperti:
- Perubahan pada puting payudara
- Struktur kulit yang berubah
- Bengkak
- Merah
- Bernanah
- Benjolan pada payudara
Sekiranya terdapat salah satu perubahan yang dinyatakan haruslah dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Kebiasaannya payudara akan terkesan dengan perubahan hormon semasa kedatangan haid, oleh itu payudara akan lebih sensitif dan sakit ketika ini. Oleh itu, pemeriksaan payudara ini sebaiknya dilakukan dalam 2-3 hari selepas haid berakhir.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.