Sulit
4 tahun
Kemungkinan hamil selepas BTL
Saya telah menjalani prosedur BTL 10 thn yg lalu. Kitaran haid Saya mmg teratur setiap bln dan Tak penah skip atau lewat. Bln ini Saya telah lewat 8 Hari dari tarikh sepatutnya period. Saya juga tidak mengalami simpton kedatangan haid atau simpton mengandung.saya blm buat UPT lagi sbb risau.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
BTL atau Bilateral Tube Ligation lazimnya merupakan suatu kaedah rawatan perancagan keluarga yang kekal (permanen). Namun anda juga disarankan berkonsultasi dengan doktor anda atau pakar perubatan kami bagi mendapatkan informasi yang lebih jelas berkenaan kesihatan kelamin serta kesuburan anda sekeluarga dari semasa ke semasa…
Untuk makluman anda lagi, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan atau kelewatan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Kelewatan haid yang diiringi dengan perut kembung atau perubahan tubuh pula boleh berpunca dari:
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.



































