
nornadhirahali
5 tahun
Kemungkinan jangkitan Covid19 daripada rakan sekelas
Saya wanita berusia 24 tahun. 4 hari lepas, sayatelah pergi kelas seperti biasa. Semasa di dalam kelas, dua rakan sekelas berirahu mereka berdua telah didatangi oleh seorang yang disyaki kontak kepada seorang pesakit positif(jirannya). Kontak yang disyaki itu telah berbual bersama mereka. Jadi saya ingin tahu adakah saya jiga terinfeksi daripada jangkitan ini. Sejak 4 hari lalu, saya telah kuarantinkan diri sendiri di dalam bilik dan setakat ini saya tiada apa apa gejala Covid19

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Buat masa ini, memandangkan anda tidak mempunyai kontak rapat secara lansung dengan pesakit COVID-19 yang positif. maka tiada keperluan untuk menjalani ujian saringan tersebut.
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini