seaweedjelly
5 tahun
Kemusykilan jangkitan HIV
Salam Dr… Sy ingin bertanya, sekira seorang perempuan (mgkin menghidap HIV), melakukan ‘handjob’ pada kemaluan seorang lelaki tanpa apa2 perlindungan… Adakah berpotensi lelaki tersebut dijangkiti HIV?
Soalan kedua: Adakah pemeriksaan kesihatan biasa yg dijalankan di hospital or klinik swasta boleh mengesan HIV?
Terima kasih Dr
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan tuan, jangkitan HIV mempunyai window period yaitu tempoh waktu diantara dijangkiti HIV sampai antibodi HIV tersebut terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang adalah berbeza-beza, namun rata-rata sekitar 3 minggu. Cara terbaik untuk mendeteksi jangkitan HIV adalah melalui pemeriksaan darah.
HIV yang dikenali human immunodeficiency virus adalah virus yang dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudah pun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah.
Melalui keterangan anda, sebetulnya adalah sukar untuk menentukan risiko dijangkiti HIV. HIV tidak berjangkit melalui sentuhan, namun jika lapisan kulit terdedah kepada persekitaran (luka ataupun trauma) cecair badan pesakit yang bersentuhan dengan luka boleh untuk menjangkiti orang tersebut. Langkah terbaik bagi memastikan status and adalah melakukan pemeriksaan darah untuk mengetahui status HIV.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih






























