
Sulit
4 tahun
Kena gigit dan ken cakar kucing bolehkah jangkit hiv
Hai,baru2 ni saya kena gigit dan kena cakar dengan kucing yg tidak divaksin…adakah boleh berjangkit hiv…
Selepas beberapa jam kena gigit dan cakar saya terus ke klinik tuk cucuk ATT…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, cakar kucing tidak boleh menyebabkan jangkitan HIV. Cara penyebaran HIV yang paling kerap adalah melalui hubungan seks tidak terlindung (seks melalui dubur atau faraj) perkongsian jarum atau peralatan suntikan dadah. Cara penyebaran HIV yang lebih kurang biasa adalah daripada ibu kepada anak ketika mengandung, melahirkan anak atau menyusukan anak. Risiko jangkitan melalui jarum ialah kurang daripada 1%.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah