
Sulit
3 tahun
Kenapa keluar darah selepas 5hari habis haid
Saya wanita 20an. Pada 20/12 sehingga 26/12 saya datang haid iaitu 6 hari tapi kebiasaannya 8 atau 9 hari kemudian 5hari selepas saya habis haid iaitu 2/1 ada darah keluar lagi tapi keluar sedikit demi sedikit. Dalam masa yg sama saya juga mengalami senggugut.Saya nak tanya adakah itu normal atau sebaliknya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.