
sarah.shamimi
5 tahun
Kenapa period tak teratur
Hi sy nk tya. Period sy tiap bln dtg tak teratur. Sbln 2 kali dtg. Kdg mggu ni dh hbs period selang 2 mggu dtg lagi. Tu pn kdg sehari dtg lpstu 2,3 hari plk baru dtg. Soalan sy. Mcm mna sy nk mkn pil perancang if period sy mcm tu. Macam mna sy nak strt mkn. Sl

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur dan haid berpanjangan ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Penggunaan alat IUD
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. jawapan ini ialah keterangan am.Terima kasih.