
Sulit
4 tahun
Kenapa saya xdatang haid
saya wanita umur 14 tahun nak tanya kenapa haid saya xdatang bulan ni xpernah pom xdatang tapi bulan ni xdatang membuatkan saya tertanya ii saya risau agak ii kenapa erkkk sbb bulan ii lepas datang xelok dah agak ii kenapa erkk:pensive:

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid wanita yang normal adalah antara 21 ke 34 hari dan tempoh alirannya adalah antara 2 ke 7 hari. Untuk masalah yang ada sedang hadapi, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan haid anda datang lewat atau tidak teratur:
- Umur; Kitaran haid boleh menjadi tidak normal pada usia remaja atau ketika menghampiri menopaus
- Ketidakseimbangan hormon
- Masalah ovari seperti polycystic ovarian syndrome
- Berat badan; berat badan yang berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Masalah kelenjar tiroid dan pituitari
- Stres dan jadual aktiviti harian yang aktif dan padat
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa haid anda datang lewat daripada waktunya. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan akan diberikan sekiranya perlu.
Jika anda mempunyai soalan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.