
Sulit
4 tahun
Kenapa telur berasa senak
sya lelaki brumur 27 tahun…telur sya berasa senak sebelah kanan…td sya ada mlancap…slpas mlncap telur sblah kanan bersa sakit …sya perhatikan telur sebelah kanan mcm besar …dn rasa mcam bengkak dikawasan epididymis…lma sudasudah sya mrsa lai tp kdang2 ada senak kdng2 xda …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
testicular torsion - buah zakar berbelit
epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutama sekali jika masalah ini berterusan atau semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.