
alirashar40
5 tahun
Kencing ada ketulan dan habuk
Saya wanita berusia pertengahan 20-an dan sudah berkahwin. Saya mempunyai masalah yang mana, ketika waktu saya yang sepatutnya datang bulan, hanya pada hari pertama ada tompokan darah. Manakala hari seterusnya tiada darah langsung. Tetapi setiap kali saya membuang air kecil, akan ada hanya sedikit ketulan darah tetapi tidak menyebabkan warna urine berubah warna merah. Hanya sedikit ketulan darah dan habuk. Untuk pengetahuan pihak doktor, saya sudah 2 bulan ketika waktu saya sepatutnya datang bulan, hanya hari pertama sahaja sedikit tompokan darah dan hari seterusnya tiada langsung darah. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2- 8 hari. Perdarahan haid yang tidak normal dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sebaiknya puan melakukan pemeriksaan untuk mengkonfirmasi status kehamilan terlebih dahulu. Sekiranya hasil negatif, sebaiknya mendapatkan konsultasi doktor untuk mencari tahu penyebab lain yang menyebabkan darah haid sedikit.
Merujuk kepada sifat air kencing yaitu berdarah dan berhabuk, terdapat beberapa kemungkinan keadaan yang boleh menyebabkan gejala berikut. Antaranya:
- Batu karang
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Kecederaan pada zakar
- Masalah pendarahan
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih