Sulit
2 tahun
Kencing berdarah selepas onani
Salam Dr, baru baru ini saya melakukan blowjob dan tidak pernah melakukan hubingan seks. Kemudian, selepas tiga hari, saya melakukan onani sebelum tido. Selepas saya bangun, saya kencing dan buang hadas besar. Semasa kencing tu saya notice ade titisan keluar dari zakar saya kerana ngilu masa kencing. Kemudian, saya kencing kali kedua, hanya lebihan darah atau kesan darah sahaja keluar dan sakit bahgian zakar pun tiada. keesokan harinya, saya kencing dan tiada darah, semunya normal. Harini sudah masuk hari keempat dan semuanya normal tiada darah atau sakit. Persoalannya, adakah saya perlu buat checkup kerana semuanya dah normal dan tiada sakit atau hidup kembali seperti normal. Soalan kedua, jika semunya dah normal, adakah boleh saya beronani/melakukan hubingan intim seperti sediakala? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kencing berdarah. Antaranya adalah:
- Luka pada kemaluan
- Infeksi saluran kencing
- Radang pada panggul
- Jangkitan kelamin
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.